Arab Saudi – Pihak berkuasa di Arab Saudi kini menjalankan siasatan ke atas seorang guru kerana merakamkan gambar anak muridnya menangis dan kemudian memuat naik video berkenaan di internet.
Kejadian berlaku di sebuah sekolah di bandar Sebia, yang terletak di Selatan Arab Saudi.
Siasatan dijalankan selepas guru berkenaan didakwa telah menyebabkan orang ramai memberikan tanggapan yang salah terhadap sistem pendidikan di negara tersebut.
Jurucakap Kementerian Pendidikannya, ,” Mohammad al-Dekhini yang turut mengecam insiden berkenaan berkata, tindakan lanjut akan diambil bagi menangani isu tersebut.
Beliau turut menyifatkan tindakan guru berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.
Manakala pengarah Jabatan Pendidikan, Ahmed Rabiie pula berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan tersebut.
Jelasnya, nasib guru berkenaan akan ditentukan oleh suruhanjaya siasatan.
0 komentar:
Posting Komentar