Affin Bank Taja Peralatan Ping Pong 50 Sekolah

Minggu, 09 Februari 2014 0 komentar


KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (Affin Bank) menaja peralatan sukan ping pong bernilai RM50,000 kepada 50 buah sekolah di seluruh negara baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Affin Bank, Shariffudin Mohamad berkata, tajaan itu meliputi sebuah meja ping pong, raket, bola dan jaring untuk setiap sekolah terbabit.

“Sumbangan ini antara lainmenyokong dasar 1Murid 1Sukan yang dilaksanakan oleh Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan.

“Sukan adalah akitiviti yang berkesan untuk memupuk disiplin dan kerja berpasukan pada usia yang muda,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Dasar 1Murid 1Sukan bertujuan memberi akses kepada semua pelajar untuk mendapat faedah dalam bidang sukan.

Dasar itu mendokong prinsip bahawa setiap murid perlu menyertai sekurang-kurangnya satu akitiviti sukan di sekolah.

Ia bermatlamat memberi peluang kepada semua pelajar menggilap bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 materi instan