Kisah Wanita Yang Tinggalkan UK Demi Jihad

Minggu, 15 Desember 2013 0 komentar


Meskipun baru 4 tahun memeluk Islam, kesedaran tentang jihad membuatkan seorang perempuan muda meninggalkan kesenangan dan kegembiraan kehidupan di kota London untuk berjuang di Syria.

Maryam (bukan nama sebenar) tidak menghadapi banyak masalah ketika mula-mula memeluk Islam di negara asalnya. Namun apabila dia mengambil keputusan memakai niqab, dia mula menerima kata-kata perli daripada masyarakat sekeliling yang menyangka dia pendatang di negara kelahirannya sendiri.

Justeru apabila Maryam mengambil keputusan mengahwini Abu Bakar, seorang mujahid dari Sweden dan bersama-sama suaminya itu berjuang di Syria, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut.

Maryam bukan setakat berada di sisi suaminya malah dia turut bersedia untuk berperang apabila diperlukan. Sepanjang hari, Maryam menjalani kehidupan seperti biasa termasuk mendidik anak lelakinya yang masih kecil, menyediakan makanan dan ke pasar raya namun senapang tidak pernah lekang dari tangannya.

Dia turut dilatih untuk menggunakan senjata api dengan baik.

Ketika di UK, Maryam menjalani kehidupan selesa dan pergi ke kolej sama seperti rakan lain seusianya. Di kolej dia mengikuti pengajian media, filem, psikologi dan sosiologi.

Bagaimanapun setelah menyedari situasi di Syria, Maryam berasa dia tergolong sebagai manusia yang mementingkan diri jika hanya memikirkan tentang pengajian atau keluarga sendiri sedangkan masyarakat Islam di sana memerlukan bantuan.

Menjelaskan situasi di Syria, Maryam menyatakan golongan sepertinya dan suami bukan pihak yang merampas tanah orang lain, mengambil rumah, menyekat makanan, membunuh lelaki dan merogol wanita sebaliknya mereka pula yang digelar pengganas.

Maryam bernasib baik kerana sekurang-kurangnya, dia tidak kesunyian memandangkan jirannya, Aisya (bukan nama sebenar) juga wanita dari UK sepertinya. Aisya yang tinggal bersama suaminya, mujahidin British dan seorang anak perempuan baru sebulan datang ke sana bagi menyambut panggilan jihad.

Kisah Maryam dan Aisya ini disiarkan secara eksklusif di saluran berita Channel 4 hasil rakaman Bilal Abdul Kareem, seorang muslim Amerika yang merakam kisah mujahid Barat di Syria untuk memberi penjelasan tentang situasi sebenar perjuangan mereka. -REM RAMZI

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 materi instan